Annyeonghaseyo! Welcome to My Blog and Fanfict ^o^ Enjoy!

B A E K H A E

STORY ABOUT BIAS +FOLLOW Home

Twelve wolves


Kpoppers.If someone is Strong enough to bring u Down. Show them your are Strong enough to GET UP. ッ

History

Credits

Template :Arina Azman
Basecodes :Ino Arrien Wana
The Owner :FirahBaekkie
My fanfic : Story about us


Sesuatu berubah mengikut musim, ada yang gembira ada yang sedih ada yang manis dan juga ada yang pahit, hati yang menangis sayup dapat didengari, orang yang telah memberiku semangat kini hilang dari pandangan. Semuanya hanya tinggal sebagai sebuah memori. Memori yang memberiku kehidupan yang lebih bermakna dan takkan aku kaburkan dari ingatan.

Beberapa tahun yang lepas…
Orang yang wujud dikelas ku sama sahaja seperti orang lain. Mereka melayan ku seperti orang asing. Mereka menyuruh ku membuat kerja mereka. Tetapi aku masih lagi tersenyum. Kerana aku ingat pesan ibu ku.. “smile always what happen to you just smile.” Ibu ku telah pun meninggal dunia ketika aku berumur 10 tahun. Bapa ku pula meninggal ketika aku masih lagi dalam kandungan ibu. Aku menderita. Aku tiada hala tuju. Saudara mara ku tidak mempedulikan kewujudan ku. Mereka menjaga aku sehingga aku berumur 15 tahun. Aku sering dibuli. Selepas itu aku tinggal berseorangan. Nasib aku ada wang simpanan untuk menanggung kehidupan ku. Kini aku cuba untuk meneruskan hidup aku yang tiada makna ini.

Sehingga lah suatu hari, aku bertemu dengan seorang jejaka yang tidak dikenali. Itu adalah kali pertama aku melihat lelaki itu ketika itu aku dan dia berada di atas bumbung sekolah ku. Tempat aku selalu menenangkan fikiran.

Jejaka itu menyapa ku “awak selalu lepak sini kan?”. Aku terdiam. Macam mana lelaki ini tahu aku selalu berada di sini. aku membalas “tempat ini tempat saya boleh menenangkan fikiran saya.” Jejaka itu ketawa kecil. “selama saya lihat awak? Belum pernah saya lihat awak menangis.” aku menjawab sambil tersenyum “ mak saya selalu beritahu saya always smile with people around you. Don’t show your tears to them.” Jejaka itu memberikan senyuman yang manis kepada aku. Loceng berbunyi. Aku bergegas pulang ke kelas sebelum itu sempat aku bertanya kepada jejaka itu “siapa nama awak?” lelaki itu menjawab ringkas “Oh Sehun.” Aku membalas sambil menuju ke pintu “Nice to know you sehun.” Sehun menjawab sambil melihat ke arah langit “me too (your name).” Aku terdiam. Aku menoleh ke arah sehun. Tubuhnya kini di halangi oleh cahaya matahari. Aku kembali meneruskan perjalanan ku untuk pulang ke kelas. Aku berkata sendirian “sejak bila aku bagitahu nama aku kat dia?”

Tibanya di kehidupan yang tiada makna bagiku...
Seperti biasa budak di kelas aku akan melayan aku seperti orang asing. Aku tetap tersenyum. Aku terpaksa menahan. Aku tidak mempunyai teman. Hanya sehun sahaja yang layan ku dengan baik. Budak kelas ku melayan ku dengan baik bila perlu sahaja. Aku hanya mampu bersabar. Tidak pernah aku menangis atau pun aku memarahi mereka.

Sehinggalah waktu pulang. Aku belari mencari oh sehun. Aku mencarinya di tempat biasa. Aku melihat sehun senyum ke arah ku. Aku pun pergi ke arah sehun. Aku  tidak pasti kenapa hati ku tergerak untuk berjumpa sehun. Sehun bertanya “kenapa tak balik lagi?” Aku menundukkan padangan ku. Aku menjawab pertanyaannya dengan perasaan yang bercampur “entah. saya tetiba nak cari awak. saya tak tahu kenapa.” Sehun ketawa kecil “maybe sebab kita sehati sejiwa tak? Tak pun awak suka saya.hahaha” Aku memandang sehun dengan mata yang agak besar “tak mungkin saya suka awak!” sehun mentertawakan ku. Sehun berkata “saya gurau jelah. Maybe sebab awak ada sesuatu yang awak nak saya tahu.” Aku merenung langit di waktu petang. Aku memikir masa silam ku. Lamunan ku terhenti apabila sehun menyentuh bahu ku. “awak okay?” tanya sehun kepada ku. Aku hanya mengangguk menunjukkan yang aku okay. Sehun tersenyum “kalau takda pape nak bagitahu saya balik dulu lah.” Sehun berkata begitu. Aku menahannya dengan perasaan yang tidak dapat di ungkap. “boleh saya jumpa awak lagi?”tanya ku. Sehun mengalihkan pandangannya kepada ku. dia mengukir senyuman yang amat manis. “boleh je. Datang je sini bila awak perlukan saya. Saya tunggu.” Aku membalas senyumannya. Aku pulang dengan perasan gembira. Belum pernah ku rasa perasaan seperti ini. Tetapi sesuatu menganggu fikiranku ‘siapa sehun yang sebenar?’

Keesokannya, pada waktu rehat. macam yang dikatakan. Aku mencari sehun di tempat biasa. Aku membelikan roti coklat dan jus strawberry untuknya dan roti jagung dan air mineral untuk ku. Aku melihat sehun sedang membaca buku cerita yang bertajuk ‘Story about us’ buku yang aku sangat suka. Buku itu sangat kena dengan situasi ku sekarang. Aku menyapanya “hai sehun!” sehun membalas dengan senyuman. Aku tidak pernah melihat sehun marah atau pun menangis. ‘adakah situasinya sama denganku?’ aku berkata sendirisn di dalam hati. Aku membalas juga dengan senyuman. aku memberikan makanan dan jugak minuman yang ku beli kepadanya. “nah amiklah! Saya belanja” kataku. Sehun membalas dengan tanda tanya di mukanya “Apa ni? Buat susah-susah je. Terima kasih.” Aku memberikan senyuman. “boleh saya duduk sini?” tanyaku. “boleh je” jawab sehun ringkas. Aku melihat sehun hanya minum air jus yang aku beli sahaja. Aku hairan. Aku bertanya kepadanya “kenapa tak makan roti tu?” sehun mengambil roti itu dan memulangkan kembali kepada ku. “saya tak makan roti coklat.” balasnya. “ada jugak orang yang tak makan roti coklat. Saya ingatkan saya je yang tak makan.” Aku tergelak kecil. “kenapa awak tak makan roti coklat?” sehun bertanya kepada ku. “saya tak suka coklat! Dia bagi saya sejuta kenangan.” Balas ku. “pelik. Boleh saya tahu apa yang belaku?” tanya sehun lagi. Belum sempat aku menceritakan kepadanya. Loceng berbunyi menandakan rehat sudah tamat. “takpalah lain kali awak cerita okay?” sehun senyum ke arah ku. Aku melihatnya dengan muka yang pasrah “hummm okay” jawab ku ringkas. Aku pun pulang ke kelas. Seperti biasa petang itu aku belari mencari sehun di atas. tetapi sehun tiada. Aku pun pulang ke rumah dengan perasaan yang lemah.

keesokanya aku mencari sehun di atas ketika waktu balik. Hari ini sehun ada menunggu ku. Aku meminta maaf kerana tidak dapat berjumpanya pada waktu rehat tadi kerana aku ada kelas dengan cikgu lee di library. Sehun sentiasa tersenyum. Sikit pun dia tidak menunjukkan kemarahannya pada ku. Aku bertanya kepadanya “kenapa semalam awak takda time petang?” sehun membalas sambil merenung muka ku “saya ada hal. Sorry eh?” kau bertanya “hal apa?” sehun memberikan senyumannya kepada ku “awak tak perlu tahu.” Aku menundukkan muka ku “humm macam tu ke.. okay..” sehun mengalihkan mukanya ke arah ku lagi “sebagai balasan biar saya dengar cerita awak. Okay?” aku memandangnya. Lalu aku menceritakan semua kisah silam ku. hatiku terbuka untuk menceritakan kepadanya. Aku tidak tahu kenapa. Dia adalah orang pertama yang tahu kisah hidup ku. Yang sangat perit bagi ku. Selesai menceritakan kepadanya. Air mata ku menitis tanpa aku sedar. Sehun mengelapkan air mataku. Aku memandangnya. Aku meminta maaf kerana menunjukkan air mata ku kepadanya. Tanpa aku sedar dia jugak turut menangis. Air matanya jatuh seperti air mata yang memendam berjuta perasaan. Tanpa kami sedar hujan mula turun apabila kami menangis. Tiada ribut tiada angin. Tiba-tba sahaja hujan turun. hujan turun seperti perasaan kami. Sungguh sayup dapat di rasai. Sehun menghantar ku pulang ke rumah. Sempat juga sehun berpesan kepada ku “you need to move on. You need to make yourself happy. Just be yourself. Don’t worry! I’m always beside you!”  Sehun memberikan ku senyuman yang manis. Aku tidak akan lupa senyuman ini.

Kini hampir sebulan aku berkenalan bersama sehun. Baru ku tahu sehun juga sama seperti ku. Hidup tanpa impian. Hidup tanpa teman. Hidup tanpa kasih sayang. Hidup berseorangan. Banyak masa yang aku luangkan bersamanya. Kami berkongsi kisah silam. sehun mengajak ku datang ke sekolah di tempat biasa. Katanya ada surprise untuk ku. Aku tidak sabar adakah dia tahu hari ini. Hari jadi ku? Aku gembira yang tak terkata. Aku menunggu kedatangannya. Aku menunggu dengan penuh kesabaran. Tiba-tiba aku terdengar ada orang mengetuk pintu. Aku membuka pintu itu. Aku melihat orang itu sedang membawa kiriman dari seseorang. Dia bertanya kepada ku “(your name)?” aku mengangguk. Dia menyerahkan sebuah kotak yang agak besar kepada ku. Aku membalas dengan senyuman. Aku melihat kotak itu. Terdapat sepucuk surat. Aku membacanya.

Dear (your name),
Hai awak! Awak sihat? Saya harap awak okay dengan apa yang saya bagi. Saya harap awak akan tetap tersenyum apabila awak tahu apa yang akan berlaku. Saya mintak maaf kerana tidak dapat berada di sisi awak hari ni. Tetapi awak jangan risau. Saya sentiasa melihat awak di atas sana. Saya doakan awak sentiasa gembira. Saya tak dapat nak bagitahu awak depan-depan sebab saya takut awak akan tinggalkan saya. Saya terpaksa. Saya mengalami penyakit yang sangat kronik. Saya dapat tahu pasal ini sejak saya kecil lagi ketika ibu bapa saya kemalangan. Penyakit ini adalah akibat kemalangan itu. Saya suka berkawan dengan awak sebab muka awak mirip sangat dengan ibu saya. Dan saya tidak tahu sejak bila saya suka awak. Saya mintak maaf  lagi sekali kerana tidak dapat berada di sisi awak. Saya harap awak dapat jadi diri awak sendiri. Saya harap awak dapat berjaya capai impian awak macam dalam buku ‘story about us’ nama watak dalam tu sama dengan nama awakkan? Semoga berjaya (your name). saya sentiasa lihat awak dekat atas ni. Selamat tinggal sahabat ku dan juga kekasih ku. SELAMAT HARI JADI ~~
Sincerely,
Oh sehun.

Tanpa aku sedar. Air mata ku jatuh menitis. Langit turut menangis. Hujan membasahi tempat ku itu. Aku melihat kotak yang masih kemas dibalut. Di dalam kotak itu terdapat sebuah lukisan. Lukisan yang dilukis oleh seorang pelukis jalanan. Lukisan itu adalah gambar ku bersama sehun. Sangat cantik lukisan itu. Dan di dalam kotak tu juga terdapat seutas rantai yang selalu di pakai oleh sehun. Rantai pemberian arwah ibu sehun. Kata sehun rantai ini memberikannya beribu semangat. Dia memberikan rantai itu kepada ku. Dan di dalam tu jugak ada beberapa kepingan gambar ku ketika berada di atas bumbung sekolah. Gambar itu mengingatkan aku pada waktu kali pertama aku berjumpa dengannya. Aku menangis melihat semua itu. Aku pulang dengan hati yang sayup bercampur beribu perasaan.

Beberapa hari selepas itu. Baru ku ada kekuatan untuk melawat kubur sehun dan jugak kubur kedua ibu bapa ku. Aku melepas semua rindu ku di situ. Aku tidak mampu menangis lagi. Kerana langit pasti akan menangis sekali. Aku kena senyum. Kerana langit jugak perlu senyum.

Sudah hampir 10 tahun aku menyimpan perasan ku terhadap sehun. Cukuplah aku sorang merasai perasaan ini. Cukuplah hanya aku sorang sahaja yang tahu tentang kewujudannya dan cukuplah hanya aku sorang sahaja yang menjadi orang terakhir melihat dia tersenyum. Kini aku telah menjadi seorang pelukis. Pelukis yang terkenal. Aku telah membuka sebuah gallery. Gallery yang penuh dengan perasaan. Sehun pernah berkata kepada ku “saya teringin sangat nak buka satu gallery!” aku hairan lalu bertanya kepadanya “kenapa?” sehun tersenyum kepada ku “sebab saya nak pamerkan pada orang ramai bahawa setiap satu lukisan ini membawa maksud dan perasaan yang berbeza” Aku memberikan senyuman. Kini aku sudah menunaikan impiannya. Aku tahu dia cakap begitu kerana dia tahu aku sangat pandai melukis. Aku telah mempamerkan sebuah lukisan yang telah aku simpan lama. Lukisan yang aku lukis mengikut memori ku. Lukisan yang mempamerkan wajah oh sehun tersenyum. Di belakang gambar itu terdapat beberapa ayat yang memberiku banyak kenangan.. ayat itu adalah…

I’m alone…
I always lonely…
I don’t know what will happen to me….
Until I meet you…
You change my mind..
You give me so much memories…
And one day you gone..
You give me strength…
And I still continue my live without you in my eyes….
But you always in my heart…
This is story about us….

The end

Firah_Baekkie 


sorry kalau ada typo and this just for fun ^-^

Written by Me at Ahad, Disember 21, 2014 0 Melody{s}

? ?