|
Twelve wolves
History
Credits
![]() Template :Arina Azman Basecodes :Ino Arrien Wana The Owner :FirahBaekkie
| My Fanfic : Without you I'm Lonely ❤
![]()
Sudah dekat 5 tahun kau bercinta
dengan Sehun. Korang sangat bahagia. Kau sangat sayang Sehun begitu jugak
Sehun. Tetapi kau mempunyai satu masalah yang tak boleh dielakkan. Kau terpaksa
tinggalkan orang yang kau sayang.
Sehun menelefon kau. kau menjawab
panggilannya “hello!” sehun sangat gembira bila mendengar suara kau “Aegi! Jom
keluar?!” kau menjawab “emm! boleh
jugak!” kau bersiap-siap. Kau sangat gembira. Sehun menunggu kau di depan
rumah. Kau dah sehun keluar pergi tengok wayang. Selepas kau tengok wayang
sehun membawa kau ke taman. Sedang kau dan sehun berjalan bersama-sama.
Tiba-tiba kau rasa sakit kau mengajak sehun duduk sebentar. Sehun sangat risau
tentang kau. sehun berkata “ Aegi! Saya pergi beli air kejap! Tunggu tau!” kau
mengangguk. Ketika sehun pergi membeli air, penglihatan kau tetiba kabur. Kau
sangat risau. Kau terpaksa pulang ke rumah. Kau risau kalau sehun dapat tahu. Kau menelefon sehun “Awak! Saya
terpaksa balik! Tetiba Suho oppa call ! Awak balik rumah terus tau? Sorry sebab
tak tunggu awak. Thanks for today.”Sehun hanya menjawab okay. Kau mematikan talian.
Kau menelefon Suho “Oppa ! amik saya dekat hongdae!” Suho menjawab panggilan
kau “okay! Tunggu oppa.” Selepas 5 minit, Suho sampai. kau terus masuk ke dalam
kereta. Kau mengajak Suho ke hospital sebentar. Suho hanya mengikut.
Di hospital, Kau sangat terkejut, kau
tak sangka yang kau menhidap penyakit. Penyakit itu membolehkan kau buta untuk
selama-lamanya. Kau menangis. Suho hanya mampu menyuruh kau bersabar. Suho
memeluk kau dari belakang. Sebagai abang dia faham perasaan kau.
Kau mula sebak. Kau tak nak Sehun
tahu. Kau membuat keputusan untuk putus. Kau harap Sehun akan bahagia suatu
hari nanti. Tapi bukan dengan kau. Kau menitiskan air mata ketika melihat
gambar sehun. Kau teringat sehun pernah berkata dulu ketika sekolah “Awak
jangan tinggalkan saya. Saya sayang awak!” kau menangis tidak henti-henti.
Sudah dekat sebulan kau tidak keluar bersama Sehun. Sehun sangat risau tentang
kau. kau terpaksa. Sedang kau asyik termenung sorang-sorang, Suho mengetuk
pintu bilik kau. suho mempunyai berita gembira untuk kau. Kau tidak begitu
excited. Suho berkata “Oppa ada kawan yang boleh rawat mata saeng!” kau sangat
teruja. Kau memandang Suho “betul ke ni oppa?” suho menjawab “betul tetapi
rawatan ni dekat Luar Negara. Kita kena tinggal sana. Kawan oppa cakap rawatan
mata ni lama. Maybe 6 bulan tak pun setahun. Kamu okay tak ni?” kau hanya
memberikan senyuman “saya okay je! Saya tak kesah.” Suho berkata lagi “ kalau
macam tu oppa call kawan oppa. Siapkan tempat tinggal untuk kita.” Kau
mengangguk. Suho mengusap-usap kepala kau “dah tidurlah. Dah malam ni.” Kau
tetiba tanya suho “oppa! Bila kita gerak?” suho menjawab “maybe minggu depan.”
Kau mengangguk. Kau memikirkan tentang sehun. Kau melelapkan mata.
Keesokannya, kau mengajak Sehun
berjumpa. Sehun sangat teruja. Dia sangat merindui kau. kau pun sama. korang
berjalan dimana tempat yang korang selalu dating dulu. Kau sangat gembira
tetapi hati kau sakit untuk meninggalkan lelaki yang kau sayang ini. Malam itu,
sehun membawa kau ke taman seperti biasa. Ketika sehun ingin pergi membeli air
kau menghalang.
Kau berkata “sehun-ah! Saya ada benda
nak cakap ni.”
Sehun berkata “apa dia?”
kau menunduk kebawah “Sorry! Kita
putus”
sehun sangat terkejut “APA?! Awak dah
tak sayang saya lagi ke? Kenapa ni? Apa salah saya?”
kau memandang sehun “ awak tak salah.
Saya tak boleh teruskan hubungan ni lagi.saya tak ada perasaan terhadap awak.”Kau
cuba untuk berbohong.
Sehun menjawab “habis selama 5 tahun
ni awak tak pernah suka saya? Awak tolong jangan buat saya macam ni! Saya
sayang awak!”
Kau terus meninggalkan sehun. Kau pun
pulang ke rumah. Kau mula sebak. Kau tidak berdaya lagi. Penglihatan kau mula
kabur sedikit demi sedikit. Kau berasa serba salah terhadap sehun. Kau berkata
dalam hati ‘betul ke keputasan yang aku buat? Sanggup ke aku tengok dia bahagia
dengan orang lain?’ kau tertidur, sungguh pedih kau menangis ketika tidur.
Flight kau pukul 12 tengah hari. Kau
sangat sedih bercampur gembira. Luhan adelah kawan baik kau. hanya Luhan sahaja
yang tahu tentang penyakit kau. Luhan berkata “sampai sana call aku!” kau memberikan
senyuman. Kau berkata “Luhan tolong bagi surat ni dekat Sehun.” Luhan
mengangguk. Kau mula sebak. Luhan berkata “Don’t worry. Aku akan jagakan dia
untuk kau.” kau hanya mengukirkan senyuman. Dalam perjalanan kau ke London kau
asyik memikirkan sehun kau berkata “Mianhae sehun-ah. Saranghae.”
Di London,
Kris menjemput kau dan Suho di
Airport, Kris membawa korang ke rumahnya. Kau ingin mehilangkan penat. Suho
menujukkan dimana bilik kau. kau melihat gambar sehun. Kau berkata “sehun-ah!
Saya dah sampai.” Kau menitiskan air mata.
Seminggu selepas itu, kris membawa
kau kehospitalnya. Kris sangat pakar di bahagian mata. Kau membuat check-up
terlebih dahulu. Kris berkata “ mata awak ni belum sampai tahap yang serious.
Kami boleh bantu awak selagi kami mampu.” Suho berkata “apa yang boleh kau
tolong?” kris berkata lagi “adik kau kena buat pembedahan mata.” Suho terkejut
“dua-dua belah ke?” kris mengangguk. Suho berkata lagi “aku okay je! Asalkan
adik aku boleh melihat semula.” Kris “boleh.. tapi dia mengambil masa yang
lama.” Kau mengangguk “saya okay je oppa. Lama ke sekejap ke. Saya tak kesah.”
Kris mengangguk “kalau macam tu kita akan mula buat pembedahan ni minggu
depan.”
Malam sebelum pembedahan, kau
menelefon Luhan. Kau berkata “Luhan-ah! Aku buat pembedahan esok. Pray for me
kay.” Luhan berkata “of cause I will! Btw surat kau aku bagi esok.” kau berkata
“Thanks Luhan. Kau lah kawan terbaik aku. Okaylah aku kena tidur ni esok hari
penting untuk aku! Annyeong!” kau meletakkan panggilan.
Keesokan harinya, pemebedahan kau
start pukul 11 pagi. Kau sangat gementar. Suho menyuruh kau rilex. Tenangkan
fikiran. Kris datang kearah kau. “boleh kita mulakan sekarang?” kau mengangguk.
Di korea,
Luhan pergi kerumah sehun, luhan
sangat terkejut melihat keadaan sehun. Tidak tentu arah. Sehun sangat merindui
kau. luhan menyerahkan surat yang kau pesan. Luhan berkata “sehun-ah! Ni untuk
kau!” sehun membaca surat kau.
Dear Sehun,
I’m sorry. Ketika awak baca surat ni
saya berada di dalam bilik pembedahan. Saya menghidap penyakit. Penyakit itu
membolehkan saya buta untuk selama-lamanya. Saya mintak maaf keran tidak
memberitahu awak. Saya takut awak risau. Saya tak nak tengok awak sedih lagi. Saya mintak maaf sebab buat awak terluka. Saya nak awak tahu
saya sangat sayangkan awak! Forgive me please?
Sincerely,
(nama kau)
Sehun menitiskan air mata. Dia
betul-ii tak sangka yang kau menghidap penyakit. Sehun memandang luhan “wei!
Dia dekat mana? Dia okay tak? Aku nak jumpa dia.” Luhan menjawab “aku tak tahu
dia dekat mana. But yang aku tahu dia akan balik sini suatu hari nanti. Kau
sabar eh. Kau still kena teruskan hidup kau. dia akan balik! Percayalah!” sehun
hanya mendiamkan diri. Hari demi hari dia terus kan jugak hidupnya seperti
biasa. Dia percaya dengan luhan yang kau akan kembali. Dia sangat sayangkan
kau. walaupun dia tahu kau tiada disisi tapi kau sentiasa berada di hatinya.
Sudah setahun kau menghilangkan diri,
kau sudah boleh melihat seperti biasa. Kau sangat bersyukur. Dalam masa yang
sama kau sangat merindui Sehun. Kau melihat semua gambar-ii sehun di handphone
kau. kau berkata dengan suho “oppa! Minggu depan saya nak balik korea boleh?”
suho tidak pernah menghalang. Suho mengangguk. Kau sangat happy “yeah!” suho
berkata “esok oppa siapkan ticket kamu.” Kau memeluk suho “thanks oppa!” suho
berkata “gwenchana.” Kau memberitahu Luhan tetang kepulangan kau. Luhan sangat
gembira begitu juga kau. kau tak sabar ingin berjumpa sehun. Kau sangat
merindui lelaki itu.
Flight kau sudah pun tiba. Kau hanya pulang
seorang diri. Suho dia ada hal yang belum diselesaikan lagi. Suho akan pulang
tapi kemudian.
Tibanya kau di korea. Luhan menjemput
kau. kau bertanya “Luhan! Sehun sihat? Dia apa khabar?” luhan berkata “amboi..
naik je kereta aku tanya pasal sehun. Aku tak nak tanya?” kau berkata “alolo..
ciannya dia. Kay kay.. kau apa khabar? Sihat?” Luhan menjawab “aku sihat
je!” sebelum luhan menghantar kau ke rumah.
Luhan mengajak kau singah ke kedai sekejap. Luhan berkata “wei nak turun
tak?” kau berkata “aku tunggu dalam kereta jelah.” Sedang kau menunggu luhan.
Kau ternampak sehun dengan seorang perempuan. Kau melihat sehun begitu ceria.
kau sangat rindukan senyuman itu, gelak ketawa sehun. Kau sebak. Kau berkata
dalam hati ‘dia sudah jumpa pengganti aku. Takpe aku faham. Memang salah aku.’
Luhan masuk kedalam kereta. Luhan bertanya “kau nak jumpa sehun tak?” kau
berkata “takpelah ! aku rasa tak perlu kot.” Luhan blur “lah.. bukan kau
excited ke tadi.” Kau berkata dengan suara yang sedih “dia ada pengganti aku. dah
jomlah hantar aku balik.” Luhan hanya mengikut. Kau cuba menahan air mata kau.
akhirnya jatuh juga. Kau menangis dibahu Luhan. Luhan hanya mampu menyuruh kau
bersabar.
Keesokanya, kau terserempak dengan
sehun. Sehun bersama dengan seorang perempuan. Kau cuba untuk mengelakkan diri.
Sehun menyapa “(nama kau)!” kau hanya mendiamkan diri. Kau berlalu pergi dari
situ. Sehun mengejar kau “awak! Tunggu dulu! Saya boleh terangkan!” kau berkata
“Awak tak perlu terangkan apa-apa! Kita bukannya ada apa-apa lagi.. awak dah
jumpa pun pengganti saya. Tahniah!” sehun cuba menjelaskan pekara sebenar “dia
tu adik saya.” Kau memandang sehun “adik? Sejak bila awak ada adik?” sehun
menerangkan “dia baru balik dari Jepun. Saya tak pernah cerita kat awak. Saya
ingatkan nak buat surprise. Awak tahu tak saya terseksa waktu awak tinggalkan
saya dulu! Kenapa tak pernah bagitahu saya. Saya risau tahu tak!”sehun
menitiskan air mata. Kau mengelap air mata sehun “mianhae! Awak tahukan saya
terpaksa! Saya mintak maaf sangat!”
Sehun terus memeluk kau dan berkata “
Please don’t leave me alone again! Without you I’m lonely!” kau meleraikan
pelukkan. Kau berkata “I’m sorry! Can you forgive me?” sehun mencium dahi kau.
“of cause baby!” kau dan sehun kembali bersatu. Korang sangat bahagia.
Penglihatan kau semangkin pulih. Sehun menjaga kau dengan baik sekali. Sehun
melamar kau. “will you marry me?” kau mengangguk tanda setuju. Kau terus
memeluk sehun.
THE END
FROM
FIRAH_BAEKKIE
This is for fun :)
Written by Me at Jumaat, Disember 06, 2013 0 Melody{s}
|